Khamis, 12 Februari 2009

Apakah Maksud Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
  • ~ Kofi Annan
  • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah diisytihar dan diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Ianya berasaskan empat tunggak - kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, social dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
  • Artikel 5
    - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
  • Artikel 9
    - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
  • Artikel 13
    - Kebebasan untuk bergerak;
  • Artikel 20
    - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
  • Artikel 21
    - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
    Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
  • Artikel 16
    - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
  • Artikel 23
    - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
  • Artikel 25
    - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
  • Artikel 26
    - Hak untuk pelajaran; dan
  • Artikel 27
    -Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya. Untuk sinopsis UDHR, klik di sini.Untuk versi penuh UDHR, klik di sini.Untuk senarai instrumen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, klik di sini. Penggunaan UDHR di Malaysia Peruntukan-peruntukan dalam UDHR diakui di Malaysia selama mana ianya tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini dinyatakan dalam seksyen 4(4) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597), seperti berikut: Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Bahagian II Perlembagan Persekutuan Malaysia Di Malaysia, hak asasi manusia adalah termaktub secara tidak sepenuhnya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini diterangkan dalam seksyen 2 dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) seperti berikut: "hak asasi manusia" merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi seperti berikut:
  • Artikel 5
    - Hak kepada kehidupan
    - Hak kepada kebebasan peribadi
  • Artikel 6
    - Larangan terhadap perhambaan dan bekerja secara paksaan
  • Artikel 7
    - Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa sebelum tarikh ia diluluskan dan undang-undang jenayah
  • Artikel 8
    - Hak untuk kesamarataan di sisi undang-undang
  • Artikel 9
    - Larangan dari dibuang negeri
    - Kebebasan bergerak
  • Artikel 10
    - Kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan
  • Artikel 11
    - Kebebasan beragama
  • Artikel 12
    - Hak-hak berkaitan pelajaran
  • Artikel 13
    - Hak memiliki harta
    Hak dan Tanggungjawab
    Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud: hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lawi ayam

Kalau dah tau tua, sedarlah u tu dah tua. Tau tak, semalu tua durinya dah liat, tak mengigit lagi. Kerjanya meyusah dan meyakitkan orang je. Susah kerana asyik nak cabut duri yang tertanam, sakit kerana duri dalam daging. Jangan mare ye.... dah tua jagn copet mare.

Addie Bie berkata...

waahh...terbaik la sy suke sebab lengkap sngat utk assignment sy..
sy hrap tuan boleh lengkapkan lagi lbih bnyak info k...sy sokong.