Isnin, 9 Februari 2009

Talipinggang

Tidak dinafikan bahawa kemalangan satu perkara yang amat tidak di sukai oleh semua orang, tetapi ramai diantara manusia itu sendiri yang menyebabkan kemalangan. Pengalaman saya dalam perkhidmatan PDRM lebih dari 23 tahun melihat bahawa sikap pemandu itu sendiri yang banyak mempengaruhi berlakunya kemalangan di jalanraya. Peningkatan kemalangan jalanraya di Malaysia kini amat membimbangkan semua pihak, terutamanya pihak yang berwajib seperti JPJ, PDRM, JKSR. Kegusaran ini mencetus pelbagai idea hasil dari kajian-kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. tetapi dalam membuat keputusan pihak yang bertanggungjawab perlu juga waras dan sedar akan beberapa perkara yang perlu difikirkan bersama sebelum mengambil sesuatu keputusan yang melibatkan sejumlah besar rakyat. Dalam kegelisan dengan iklim Politik yang tidak menentu dan kecelaruan diatas kenaikan harga barang kini di kelirukan lagi dengan satu perkara iaitu MEWAJIBKAN PEMASANGAN TALI PINGGANG KELEDAR KEPADA SEMUA JENIS KENDERAAN di tempat duduk belakang. Kepada golongan yang berpendapatan kencang mungkin tidak pernah memikirkan sebarang permasalahan akan timbul dengan keputusan sedemikian, ini adalah kerana kenderaan pada mereka selain kemudahan ianya adalah satu lambang kemewahan, dan sudah tentu dalam satu kenderaan tidak lebih dari satu atau dua orang penumpang sahaja. Mari sama-sama kita lihat kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan yang di perkampongan. Kepada mereka kenderan adalah satu kemudahan bukan melambangkan kemewahan. Apabila bergerak menggunakan kenderaan sudah tentu akan bergerak jugalah semua penghuni dirumah dan ini akan mempamerkan kenderaan mereka penuh dengan penumpang, pada mereka pergerakan ini akan menjimatkan kos, tetapi dengan keputusan KERAJAAN untuk mewajibkan semua kenderaan menggunakan tali pinggang keledar dibahagian belakang ini akan menyusahkan golongan yang sememangnya telah susah. Penulis bukan tidak menyokong keputusan kerajaan tetapi penulis ingin kita sama-sama memikirkan adakah wajar keputusan ini dilaksanakan? sekiranya ia menyusahkan golongan yang susah, apakah dengan keputusan ini kerajaan dapat memastikan bahawa kurangnya berlaku kemalangan di jalan raya? atau adakah dengan keputusan ini dapat menjamin tiada kematian semasa kemalangan berlaku? atau adakah dengan keputusan ini dapat menjadikan golongan-golongan tertentu sebagai jutawan? sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Tiada ulasan: