Khamis, 12 Februari 2009

Apakah Maksud Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
  • ~ Kofi Annan
  • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah diisytihar dan diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Ianya berasaskan empat tunggak - kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, social dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
  • Artikel 5
    - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
  • Artikel 9
    - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
  • Artikel 13
    - Kebebasan untuk bergerak;
  • Artikel 20
    - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
  • Artikel 21
    - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
    Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
  • Artikel 16
    - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
  • Artikel 23
    - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
  • Artikel 25
    - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
  • Artikel 26
    - Hak untuk pelajaran; dan
  • Artikel 27
    -Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya. Untuk sinopsis UDHR, klik di sini.Untuk versi penuh UDHR, klik di sini.Untuk senarai instrumen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, klik di sini. Penggunaan UDHR di Malaysia Peruntukan-peruntukan dalam UDHR diakui di Malaysia selama mana ianya tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini dinyatakan dalam seksyen 4(4) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597), seperti berikut: Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Bahagian II Perlembagan Persekutuan Malaysia Di Malaysia, hak asasi manusia adalah termaktub secara tidak sepenuhnya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini diterangkan dalam seksyen 2 dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) seperti berikut: "hak asasi manusia" merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi seperti berikut:
  • Artikel 5
    - Hak kepada kehidupan
    - Hak kepada kebebasan peribadi
  • Artikel 6
    - Larangan terhadap perhambaan dan bekerja secara paksaan
  • Artikel 7
    - Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa sebelum tarikh ia diluluskan dan undang-undang jenayah
  • Artikel 8
    - Hak untuk kesamarataan di sisi undang-undang
  • Artikel 9
    - Larangan dari dibuang negeri
    - Kebebasan bergerak
  • Artikel 10
    - Kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan
  • Artikel 11
    - Kebebasan beragama
  • Artikel 12
    - Hak-hak berkaitan pelajaran
  • Artikel 13
    - Hak memiliki harta
    Hak dan Tanggungjawab
    Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud: hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR.

BAJU BAJU BAJU BAJU BAJU

Kembali kita dengan satu era baru yang membawa kepada dunia Melayu baru yang di pertontonkan kepada umum melalui pelbagai kaedah penonjolan agar "baju" Melayu ini dapat memperlihatkan kehebatan. Tidak kira samada "baju" PKR,UMNOatau PAS, demi mengejar kepentingan peribadi untuk merebut kuasa maka "kerusi" yang di rebut dapat memperlihatkan kepada dunia bahawa betapa lemahnya Melayu itu. Kalau dahulu datuk nenek kita berjuang untuk berpijak diatas BUMI sendiri tetapi kini "BUMI DI PIJAK MILIK ORANG" siapa yang salah? baju manakah yang ingin di pilih untuk memihak kepada kebenaran yang benar-benar, benar...

Apa yang ingin dibicarakan disini, adakah Melayu yang mempunyai baju-baju ini sudah cukup kuat? sudah cukupkah formula yang ada untuk menguatkan baju-baju ini agar kelihatan kuat dan sememangnya kuat? persoalannya baju manakah yang benar-benar kuat? "baju" UMNO elok dan kuat? atau baju PKR kah yang elok dan kuat?, atau baju PAS kah yang elok dan kuat? pilihan mesti tepat kerana baju inilah yang akan menahan diri dari sinar mentari dan hujan. dan adakah baju ini cukup kuat untuk menahan panas mentari dan sejuk dari terjahan hujan?

Adakah dengan berdemonstrasi memperlihatkan baju kuat kerana boleh berbaring di atas batu dan jalanraya? adakah dengan cara ini dapat menjadikan kayu ukur kepada kekuatan baju itu?
Baju-baju lain hanya memerhati dan gelak dengan lagak dan lakonan "baju" Melayu ini. dalam masa yang sama baju-baju yang lain ini mencari formula bagaimana untuk memperkuatkan lagi baju mereka, dan apabila baju mereka telah kuat pada masa itu baru kita sedar bahawa selama ini kita hanya gah dengan kekuatan baju ini secara pameran sahaja, tanpa sebarang usaha untuk meningkatkan kualiti baju ini.

Berebut kuasa, menerjah kudis-kudis yang telah mula menampakkan pekong melalui baju yang mula jarang dan dapat memperlihatkan darah dan nanah mulai keluar melalui celah-celah baju tersebut. adakah ini cara yang kita mahu dan adakah ini kaedah yang kita cari untuk mempertontonkan kekuatan baju ini? satelah pekong-pekong dan kudis kudis ini jelas dilihat dapatkah baju-baju ini menutupi semula dan memperkatakan bahawa kita tiada kudissss... kita tiada pekonggggg... sedangkan kita telahpun memperlihatkannya melalui baju-baju ini. Bolehkah kita menjelaskan kepada baju-baju yang lain bahawa kita tiada kudisss....... kita tiada pekongggg...... agar baju baju yang lain hendak bergaul dengan kita tanpa rasa jijik, rasa jelak, rasa mual, rasa ... dan macam-macam rasa lagi.

Di sini dapat kita lihat betapa cekap dan cerdiknya baju baju lain mempertahankan agar kudis-kudis dan pekong yang ada dapat di tutup dengan baik oleh baju baju mereka. Walaupun di anggap menumpang, tetapi baju-baju ini telah berusaha untuk meyakinkan generasi baju baju mereka akan bertambah baik, tak kira dari sudut apapun... dapat membuat keputusan bagi mengubah keputusan yang telah dibuat oleh baju baju kita.. dengan sedikit ugutan untuk ke sana dan ke sini ikut sesuka hati mereka.

Wahai tuan-tuan punya "baju baju" Melayu ini sedarlah bahawa bumi di pijak kini milik orang. sedikit demi sedikit ialah di jajah dengan cara yang "halal". Wahai tuan punya "baju baju" Melayu, sedarkah bahawa mereka ini ada lebih banyak kudis dan pekong..... amalan berjudi, amalan tumbuk di rusuk sana tumbuk di rusuk sini sememangnya amalan mereka? budaya mereka, budaya tok nenek mereka, tapi tiada dikalangan mereka yang boleh dilihat ada pekong ini... ini lah hebatnya mereka.... oleh yang demikian wahai baju baju Melayu yang ada sama-sama lah jaga kudis-kudis dan pekong ini agar tidak di pergunakan oleh pihak lawan untuk mengotorkan baju baju ini... jika dah kotor tiada tempat lagi untukmengukur kekuatan baju baju ini...........

Isnin, 9 Februari 2009

Talipinggang

Tidak dinafikan bahawa kemalangan satu perkara yang amat tidak di sukai oleh semua orang, tetapi ramai diantara manusia itu sendiri yang menyebabkan kemalangan. Pengalaman saya dalam perkhidmatan PDRM lebih dari 23 tahun melihat bahawa sikap pemandu itu sendiri yang banyak mempengaruhi berlakunya kemalangan di jalanraya. Peningkatan kemalangan jalanraya di Malaysia kini amat membimbangkan semua pihak, terutamanya pihak yang berwajib seperti JPJ, PDRM, JKSR. Kegusaran ini mencetus pelbagai idea hasil dari kajian-kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. tetapi dalam membuat keputusan pihak yang bertanggungjawab perlu juga waras dan sedar akan beberapa perkara yang perlu difikirkan bersama sebelum mengambil sesuatu keputusan yang melibatkan sejumlah besar rakyat. Dalam kegelisan dengan iklim Politik yang tidak menentu dan kecelaruan diatas kenaikan harga barang kini di kelirukan lagi dengan satu perkara iaitu MEWAJIBKAN PEMASANGAN TALI PINGGANG KELEDAR KEPADA SEMUA JENIS KENDERAAN di tempat duduk belakang. Kepada golongan yang berpendapatan kencang mungkin tidak pernah memikirkan sebarang permasalahan akan timbul dengan keputusan sedemikian, ini adalah kerana kenderaan pada mereka selain kemudahan ianya adalah satu lambang kemewahan, dan sudah tentu dalam satu kenderaan tidak lebih dari satu atau dua orang penumpang sahaja. Mari sama-sama kita lihat kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan yang di perkampongan. Kepada mereka kenderan adalah satu kemudahan bukan melambangkan kemewahan. Apabila bergerak menggunakan kenderaan sudah tentu akan bergerak jugalah semua penghuni dirumah dan ini akan mempamerkan kenderaan mereka penuh dengan penumpang, pada mereka pergerakan ini akan menjimatkan kos, tetapi dengan keputusan KERAJAAN untuk mewajibkan semua kenderaan menggunakan tali pinggang keledar dibahagian belakang ini akan menyusahkan golongan yang sememangnya telah susah. Penulis bukan tidak menyokong keputusan kerajaan tetapi penulis ingin kita sama-sama memikirkan adakah wajar keputusan ini dilaksanakan? sekiranya ia menyusahkan golongan yang susah, apakah dengan keputusan ini kerajaan dapat memastikan bahawa kurangnya berlaku kemalangan di jalan raya? atau adakah dengan keputusan ini dapat menjamin tiada kematian semasa kemalangan berlaku? atau adakah dengan keputusan ini dapat menjadikan golongan-golongan tertentu sebagai jutawan? sama-samalah kita fikir-fikirkan.